Tuesday, December 9, 2008

4WD DI PESTA KUBIS 2008

Tarikan Utama.......

Ranau, Kundasang. Aktiviti 4Wd merupakan salah satu tarikan utama sepanjang berlangsungnya Pesta Kubis 2008. Acara yng berlangsung selama 3 hari ini merupakan antara acara yang di nanti-nantikan oleh semua peminat kereta pacuan empat roda.









Kasut yang mesti ada... nak menonton pun kena pakai kasut yang ada 'kelas' juga kalu tak susah nak bergerak di kawasan ni maklum lah dah namanya kawasan arena 4WD kan.. Tengok si kecil pun lengkap dengan payungnya..





Selamatkan sebelum hujan... waterproof??????



Nak cuba ambil gambar pergerakan kereta dalam ujan emmm....


Terima kasih kepada pihak penganjur Kelab Kundasang 4WD atas kebenaran membenarkan saya mengambil gambar di tapak arena 4WD berlansung ( emmm kena pakai baju berlesen ni kalu tak payah juga mau masuk kan.. ) Apapun memang enjoy walaupun hujan membasahi bumi hehehe.... Ini baru lah..

KURSUS KAYAK BINTANG 2


VENUE : KARAMBUNAI LAGOON PARK





Pawlata Roll

Sculling for support



Exam.. mata semua suda kuyu

Dina, Mona n Kasmani...... sapu dulu uv protection bah
KURSUS KAYAK BINTANG 2
KARAMBUNAI LAGOON PARK.

Gambar2 sebelum breakcamp...








Photos taken by 9w6edy

Thursday, December 4, 2008

NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

Qurban Sunat :

Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.

Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.

Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.

Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.

Haram ke atas orang yang terkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:

"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

HIKMAH, KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN DAN SYARAT SAH KORBAN

HIKMAH BERQURBAN

Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.