Thursday, February 12, 2009

ISTIMEWANYA WANITA

Sekadar buat renungan buat insan yang bergelar wanita. Betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang wanita.
  1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika di tanya kepada Rasullullah s.a.w akan hal tersebut, jawapab Banginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa seorang yang penyayang tidak akan sia-sia"
  2. Surga itu terletak dibawah kaki ibu.
  3. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu dahulu.
  4. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka danterbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dan tidak dihisab.
  5. Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan, semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembayang dan puasanya)
  6. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah akan mengangkatnya seribu darjat untuknya.
  7. Tidak putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan hati suaminya.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih dan sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh Rahmat.
  9. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  10. Jika suami mengajarkan isterinya satau masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  11. Sebaik-baik wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau ( taat ) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Sunday, February 1, 2009

STILL HUNTING...


silhouettes...



Slow shutter speed...