Sunday, November 1, 2009

WEDDING.... my 1st assigment in Sandakan

AL FAYED & MARLINAH..

Wednesday, October 14, 2009

Fandi & Suzane Wedding Reception

Noor Shanfandi Bin Tun Haji Ahmadshah & Suzanah Binti Haji Kassim





Tuesday, October 13, 2009

My 1st Project..





Location : Kota Belud, Sabah.
Make up Artist : Tuty
Make up by Mary Kay color

Friday, October 2, 2009

APRS



APRS adalah singkatan kepada Automatik Packet Report Sistem, ia adalah satu corak komunikasi digital yang dibangun oleh Bob Bruninga. Ianya menggunakan mode digital yang dipanggil packet radio.


ISS pun menggunakan sistem packet radio ini juga untuk menghantar APRS nya atau becon nya ke bumi.

Pada lazimnya, APRS amat berkait rapat dengan penggunaan GPS. Ini kerana APRS memerlukan Longtitut dan Latitud untuk menuntukan satu satu kedudukan sesebuh station atau pun objek. Bagi station yang terhad kewangannya dan tidak mampu memiliki GPS sistem, dengan menggunakan internet dan program Google Earth kita juga boleh mendapatkan longtitud dan latitut lokasi yang kita perlu.

Untuk melihat contoh, sila pegi layari http://aprs.fi/info/9w6ATI di dimana itu adalah data bagi lokasi terakhir yang dipancarkan oleh saya.

Saturday, May 16, 2009

SONSOLUYUN - LUNCUR UDARA PESTA KAMATAN RANAU 2009





Thursday, February 12, 2009

ISTIMEWANYA WANITA

Sekadar buat renungan buat insan yang bergelar wanita. Betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang wanita.
  1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika di tanya kepada Rasullullah s.a.w akan hal tersebut, jawapab Banginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa seorang yang penyayang tidak akan sia-sia"
  2. Surga itu terletak dibawah kaki ibu.
  3. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapa mu, maka jawablah panggilan ibu mu dahulu.
  4. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka danterbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dan tidak dihisab.
  5. Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan, semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembayang dan puasanya)
  6. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah akan mengangkatnya seribu darjat untuknya.
  7. Tidak putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan hati suaminya.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih dan sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh Rahmat.
  9. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  10. Jika suami mengajarkan isterinya satau masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  11. Sebaik-baik wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau ( taat ) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Sunday, February 1, 2009

STILL HUNTING...


silhouettes...



Slow shutter speed...

Thursday, January 29, 2009

Sekadar mencuba....










Wednesday, January 28, 2009

Panorama..


Tuesday, January 27, 2009

BUKTIKAN CINTA PADA PASANGAN

Biarpun mencintai pasangan sepenuh hati, adakalanya rasa cinta yang berkobar di jiwa itu diragui. Mungkin kerana sikap pasangan yang selamba, atau tidak pernah mempamerkan perasaan akhirnya membuatkan pasangan merasa was-was terhadap perasaan anda yang sebenarnya cukup tulus mencintai dirinya.
Tidak meminta balasan
Cinta kepada pasangan semestinya adalah pemberian yang tulus. Cinta adalah ketulusan hati. Untuk itu, tidak selayaknya menyelitkan balasan untuk keuntungan atau kesenangan sendiri. Jangan selalu berharap di kala anda mencintai pasangan, anda akan mendapat perhatian sepenuhnya dengan pasangan atau pasangan tidak akan melakukan kesalahan. Harapan seperti ini hanya akan menyakiti hati anda sendiri.
Ingatlah mencintai pasangan beerti anda 'hanya' memberi, jadi jangan mengharapkan balasan. Imbal balik pasangan akan datang dengan sendirinya bila anda tulus mencintainya.
Jangan menuntut
Jangan cemari hati dan cinta dengan tuntutan yang pelbagai. Apatah lagi menuntut sesuatu yang tak mungkin dapat diberikan oleh pasangan seperti kemewahan yang melimpah ruah.
Terlalu banyak menuntut selalunya mempunyai maksud untuk kepentingan peribadi. Ia tidak akan mampu mematangkan perhubungan malah boleh menghancurkan jalinan kasih yang dibina. Jadi, jangan banyak "menuntut" sebaliknya andalah yang harus belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain, termasuk kepada pasangan, melalui cinta anda.
Jangan takut dikecewakan
Tidak selamanya sesebuah perhubungan itu akan sentiasa bahagia atau gembira. Ada masanya dilanda kekecewaan mungkin kerana salah faham, perasaan tidak puas hati dan sebagainya sehingga mengguris perasaan. Namun, jangan takut, anda sebenarnya dapat mendewasakan diri dari "luka-luka kecil" ini.
Bila anda sudah mampu menghadapi situasi seperti ini, anda akan setia terhadap cinta anda. Cintalah yang akan menghiburkan anda dari kelukaan hati. Cintalah yang akan membuatkan anda bersemangat untuk bangkit dari kekecewaan. Kesetiaan terhadap cinta inilah yang akan terus menguatkan perhubungan kasih anda dengan pasangan.
Jadilah penghiburnya
Tempatnya cinta adalah hati. Bila hati sedang terluka, seseorang memerlukan hiburan. Begitu juga jika hati pasangan anda sedang berduka, hiburkanlah dirinya. Cinta andalah yang akan menggerakkan diri anda untuk menyenangkan pasangan. Namun perkara itu tidak akan dapat anda lakukan sekiranya anda tidak dibekalkan dengan kesetiaan.
Fahami hati sepenuhnya
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang menyenangkan. Seperti diri anda juga, pasangan akan menghadapi masa-masa sukarnya. Jesteru bila pasangan berada dalam keadaan ini fahami hatinya. Jangan pula anda memburukkan lagi suasana hatinya sebaliknya cuba bantu dirinya melalui masa sukar ini. Jangan sesekali membiarkan pasangan sendirian untuk mengharungi kepayahan hidupnya. Setialah berada disisinya. Hanya dengan cara ini pasangan akan lebih mencintai anda.
Syukur atas apa yang terjadi
Setiap yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan apa yang anda dan pasangan lalui. Jangan mengeluh atau kecewa menghadapi kesukaran hidup, konflik dan sebagainya. Ucapan syukur atas kurniaan-Nya kerana memberi pengalaman yang mewarnakan hubungan anda sekali gus memberi pengajaran dan mendewasakan.
Matang dalam tindakan dan fikiran
Setiap kali membuat keputusan dan bertindak, fikirkan juga kesannya kepada pasangan anda. Selain itu kematangan juga beerti anda menggunakan keyakinan diri dalam menghadapi apa juga yang berlaku.
Kematangan juga membuatkan anda setia kepada pasangan tanpa digugat dengan perkara-perkara yang tidak pasti. Untuk itu, berusahalah untuk matang dalam fikiran dan tindakan, agar kesetiaan terhadap cinta terus pula berkembang. Hubungan kasih pun akan semakin kuat dan mandiri.
Teguh dalam harapan
Cinta tanpa pengharapan tentu akan sia-sia. Hidup takkan bergerak kehadapan tanpa harapan. Anda dan pasangan juga seakan tidak memiliki fokus kearah yang lebih baik lagi. Anda juga tidak akan menambahkan sedikit demi sedikit makna cinta dalam hidup anda. Untuk itu milikilah harapan dan berusahalah untuk selalu mewujudkannya.
Cara ini anda akan tetap setia kepada cinta anda, kerana harapan andalah yang mendorongnya. Tanpa setia dalam cinta, anda tidak akan ghairah dalam mewujudkan harapan-harapan anda, terutama harapan agar hidup penuh kasih dan sayang dengan pasangan.
Padukan kata dan perbuatan
Cinta sebaiknya tidak hanya disimpan dibibir saja. Jangan juga hanya diungkapkan dengan kata yang indah. Sebaiknya selaraskan kata-kata dengan perbuatan anda hingga makna cinta itu dapat dirasakan bersama pasangan. Inilah yang membuktikan kesetiaan dan cinta anda pada pasangan.
Sumber,
MW, psikologi perkahwinan.

Monday, January 19, 2009

Close Up With Kit Lens













Friday, January 16, 2009

Hunting....





Suatu tempat di kaki gunung..




Wednesday, January 14, 2009

Mutiara Kata

Ya ALLAH...jadikan aku mencintaiMU melebihi mencintai makhluk yang dijadikan olehMU....jauhkan aku dari kesedihan dan kekecewaan....Engkau sebaik-baik tempat pergantungan YA ALLAH.....Engkau sebaik-baik tempat mengadu YA ALLAH....jauhkanlah aku dari berburuk sangka denganMU...jauhkanlah.....diri yang kerdil ini hanya mengharap padaMU berikanlah diri ini petunjuk dan pedoman sepanjang masa..jangan biarkan diri ini tenggelam dan jauh dari rahmat Mu......Hanya Engkau Yang layak disembah....Tuhan seluruh alam..Amin...YA Rabbal Alamin...

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Dalam meletakkan fasa dalam sesuatu perhubungan, sudah pasti ada sesuatu yang dicari. Pada diri si dia, tentu anda mengharapkan yang baik daripada yang terbaik.Begitu juga dalam membina impian dalam percintaan, pelbagai perkara yang difikirkan mengenai si dia. Adakah nilai yang diberikan itu ada persamaan dengan apa yang anda dambakan?

# Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah.Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

# Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.

# Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.

# Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.

# Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya.

# Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.

# Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

# Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas.

# Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.

# Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

# Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

# Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.

# Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.

# Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.

# Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

# Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.

# Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.

# Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

# Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
# Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk hari esok, jadi belajarlah menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada "

#Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi

# Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadangkala manusia diajak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari pengelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan "

# Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Tatkala ia menyelubungi hati, seluruh alam kelihatan indah, padahal pada waktu itu hari telah diselubungi gelap.

# Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu, Maka Dia Menyayangimu, Bila Allah Lambat Makbulkan Doamu, Maka Dia Ingin Mengujimu, Bila Allah Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

For me,
The only definition of love is you.
I LOVE YOU.

Tuesday, January 13, 2009

Something to share…

Kadangkala kita sukar mempercayai orang yang baru ditemui. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

Tetapi dalam sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia. Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 80 peratus keyakinan padanya.

Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan.

1. Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wa sangka. Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Kerana tanpa adanya kepercayaan sesuatu hubungan itu tidak akan kemana-mana. Tetapi berhati-hati sedikit hanya sekadar untuk sedikit ingatan.

2. Komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi meng hargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda atau pun si dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

3. Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya. Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

4. Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun, tentunya anda dan si dia berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhu bungan.

5. Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri..

6. Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri dalam emosi si dia. Tidak mudah melakukan perkara ini.Tetapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan.

7. Apabila rasa yakin, anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh-temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

8. Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mem punyai pendapat sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

9. Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik mungkin tidak akan terlintas di fikiran.

10. Ramai pasangan berasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Oleh itu, jalan terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.


"Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan”

Luahan Hati Seorang Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.So janganlah kamu terlalu serius bila bersama wanita yg disayangi.Pamerkan sikap kamu yang romantik dan bergurau senda bersama mereka supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif dalam perhubungan.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

20. Bila setiap kali gambar keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki boleh muncul dalam fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang merekadan baik terhadapnya.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Hitam dan Putih..

Sebuah lagu, seribu kenangan, sejuta makna..!!

AKU DAN DIRIMU...

Tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

Sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:
Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

Jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku,
kita.....

Sunday, January 11, 2009

Pandangan Dari Lensa Kamera Ku


Setitis embun pagi...

Wednesday, January 7, 2009

Coming Soon :)



COMING SOON....